Bertahun juga tidak menulis sesuatu di blog...mencari semula nama blog ini pun sekadar cuba-cuba kerana entah mengapa terbit di hati untuk menjadi penulis yang mungkin catatannya hanyalah untuk dikenang sendiri masa-masa akan datang..mungkin juga kehadiran Keajaiban Rezeki dengan Keajaiban Otak Kanan ini membuatkan hati terpanggil untuk berkongsi sesuatu..Oh, bahasa penulisanku yang sudah kaku..mencari balik semangat menyusun perkataan..serius, aku bukanlah orang yang tegar menaip sebegini...bicaraku dalam hati, namun lambat untuk kuterjemahkan di dalam patah-patah perkataan. Apalagi mahu dibaca atau difahami oleh manusia sejagat...Namun aku cuba untuk terus menaip dan meluahkan rasa, seolah-olah setiap tuturku dizahir dengan kelajuan jemari yang menaip...moga nanti, aku lebih cekap, lebih betah untuk berkongsi bahasa-bahasa naluriku terhadap dunia menulis ini...
Adakah aku aku kembali kerana Keajaiban Otak Kanan yang sedikit2 aku fahami?
Mungkin juga Ya, aku tidak akan mengatakannya tidak kerana aku yakin bahawa usaha mencari balik blog ini dan menaip kini adalah kerana kuatnya rasa ingin berkongsi...semuanya datang kerana sebuah buku yang sangat membuatkan aku patah ke blog ini dan menaip. Owh, besarnya kesan yang berlaku.
Buku ini menjadi kesayanganku saat ini..walau pembacaan pertama aku belum benar-benar menghadamnya namun sebahagiannya telah kubelek, kufahami, dan ia benar-benar telah membuka sesuatu untuk aku mulakan sesuatu. Bila ditanya, kenapa buku ini sangat bagus??? Jawapannya, saat bila kau mula membelek buku ini, maka kau takkan berhenti membelek halaman seterusnya...ceritanya bersambung-sambung penuh kronologi, sehingga setiap patah itu tidak mampu untuk dilangkau dan ditinggalkan...owh, hebat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan