Tahun 2011 bermula dengan pantas rasanya. Ditemani dengan jadual-jadual tugasan dan 'outstation' ke merata-rata negeri. Memang bersemangat sungguh rasanya bila mahu keluar lagi ke negeri-negeri yang jarang-jarang aku pergi...bukan setakat jarang je, tapi tak pernah jejak langsung...Pertama kali di KK bulan Disember tahun lepas, rasanya memang syok walaupun tempoh masanya agak terhad tanpa 'shopping' ( maklumlah faktor masa & belum gaji). Kata ma, baguslah kerja kerajaan kan, dah boleh merantau sampai ke Sabah dan Sarawak. Emmm... dari satu sudut yerlah kot, tapi kalau dihitung tambah, tolak, darab dan bahagi....aku memang penat badan dan penat duit rasanya bila zahirnya sifatku yang bukan 'kaki jalan'. Tapi okaylah, sekurang-kurangnya, aku sudah berhijrah. Hijrah dari tugas hakiki seorang editor pengurusan kepada seorang Penolong Pegawai Penerangan sekarang... Walau apapun yang disuratkan, aku tetap percaya kepada rezeki yang Allah telah titipkan padaku. Alhamdulillah Ya Allah, terima kasih. Kalau diikutkan jadual asal, jauhnya aku akan 'kerjalan' ( kerja+jalan), dari Selangor, Johor,Pahang, Sabah,Terengganu, Pulau Pinang dan kembali ke Kuala Lumpur tapi entah tetiba saja namaku jadi 'taruhan' pula untuk ditinggalkan di ofis bagi menyiapkan buku laporan tahunan 2010..Emm.........takpelah, itu kan tugas. Selagi 'Saya yang menurut perintah' itu masih kupegang, akan kujalankan tugas sebaiknya. Moga Allah mempermudahkannya nanti. Sekurang-kurangnya terubat juga rinduku pada tugas-tugas editor dulu..hehehhe.........
Jadi Cik Puan Jazlina punya jadual terbaharu sekarang, Kuala Lipis (23-28 Januari), Sarikei (10-14 Feb) dan Tanjung Malim dan Kampar (28-4 Mac). Selamat 'kerjalan'!!!
Jadi Cik Puan Jazlina punya jadual terbaharu sekarang, Kuala Lipis (23-28 Januari), Sarikei (10-14 Feb) dan Tanjung Malim dan Kampar (28-4 Mac). Selamat 'kerjalan'!!!