Buku ini menjadi kesayanganku saat ini..walau pembacaan pertama aku belum benar-benar menghadamnya namun sebahagiannya telah kubelek, kufahami, dan ia benar-benar telah membuka sesuatu untuk aku mulakan sesuatu. Bila ditanya, kenapa buku ini sangat bagus??? Jawapannya, saat bila kau mula membelek buku ini, maka kau takkan berhenti membelek halaman seterusnya...ceritanya bersambung-sambung penuh kronologi, sehingga setiap patah itu tidak mampu untuk dilangkau dan ditinggalkan...owh, hebat.
Bila Jemari Menaip...
Khamis, 26 Jun 2014
Keajaiban Rezeki
Buku ini menjadi kesayanganku saat ini..walau pembacaan pertama aku belum benar-benar menghadamnya namun sebahagiannya telah kubelek, kufahami, dan ia benar-benar telah membuka sesuatu untuk aku mulakan sesuatu. Bila ditanya, kenapa buku ini sangat bagus??? Jawapannya, saat bila kau mula membelek buku ini, maka kau takkan berhenti membelek halaman seterusnya...ceritanya bersambung-sambung penuh kronologi, sehingga setiap patah itu tidak mampu untuk dilangkau dan ditinggalkan...owh, hebat.
Isnin, 20 Jun 2011
Selamat Hari Abah....
Abah, terima kasih kerna bersama kak ina dari dulu sampai sekarang...memahami dan sentiasa ada di kiri kanan saat memerlukan..terima kasih kerna menyuarakan hasrat hati saya bila saya diam membisu, terima kasih kerna menyedari bahawa anak yg sorang ni jenis yg 'gagal' menunjukkan bahasa hatinya bila dia terluka, terima kasih abah kerna 'menghidupkan' saya utk menjadi berjaya hari ini.. Lelaki paling hebat dalam carta hidup saya Wan Ahmat Wan Manan, saya cinta sama kamu!!!!
Di sebalik kejayaan seorang anak sulong, melihat adik2 membesar dengan sebaiknya, itulah yg mudah membuatkan saya mengalirkan air mata...terima kasih Ya Allah kerna menghadiahkan mereka menjadi adik-adik saya yang terbaik. Buat iza, ifa, aiman dan azfar, terima kasih...Mereka adalah nadi-nadi saya yang menyalakan kehidupan saya.. dan Aleeya Batrisyia anak kami berlima itu memang menghiburkan...dia ibarat iza junior bagi kami....kata abah, 'nelang' mcm ibunya...aleeya begitu kuat semangat dan semangat itulah dibaratkan nadi baru dlm hidup saya...Melihat kejayaan adik2 di depan mata, saya melihat abah dan mama di sebaliknya...sangat membahagiakan...kata org2 sekeliling, abah garang di luar tapi dengan anak2 tiada satu parut pun yg melekat di badan utk dia hadiahkan pada kami sampai sekarang..
Saat gagal mendaki ke menara pada awal 2000, hanya abah yg 'berani' menjulang anaknya yang hampir tewas, dan kerna julangan itulah saya gagah berdiri kini hingga ke menara mana pun..bukan saja di tingkat 14 paling tinggi di uitm, bukan saja di tingkat 4 rumah sekarang, malah kerja pon di bangunan wisma yg tinggi di ibu kota. "Gayat" itu telah abah hilangkan sejak hari pertama abah menyokong keputusan saya utk belajar ilmu kewartawanan!!! Saya masih ingat kata abah, nak belajar, belajarlah setinggi mana pun, walau tidak berduit sekalipun, abah tetap akan cari, terpaksa berhutang sekalipun abah sanggup asalkan anak2 nk belajar...kerna itulah kak ina begitu sensitif bila adik2 nak belajar tak ada duit, kina mahu bekorban seperti abah..
Abah, di usia hampir 30 tahun ini, kak ina mohon ampun atas segala ketelanjuran...Abah yang terbaik buat kak ina dan walau apapun yg mereka kata, tiada yg lebih baik dari abah utk kami... Moga abah cepat sembuh dan kami anak-anak abah akan sentiasa bersama abah walau abah tak sihat sekarang...Moga abah cepat sembuh, kerna bukan kami saja memerlukan abah tapi ramai lagi anak-anak murid abah yg memerlukan abah..
kalau mahu belajar cara hidup yg lebih cekal dan penuh warna, belajarlah dari abah. Teristimewa buat abah kami, Cikgu Wan Ahmat bin Wan Manan, lelaki hebat dalam hidup kami!!!!
Mereka adalah kekuatan saya
Jumaat, 21 Januari 2011
3 Bulan Pertama 2011
Jadi Cik Puan Jazlina punya jadual terbaharu sekarang, Kuala Lipis (23-28 Januari), Sarikei (10-14 Feb) dan Tanjung Malim dan Kampar (28-4 Mac). Selamat 'kerjalan'!!!
